“Aku masih ingat, hari itu sudah masuk hari ke-12 aku di negara orang. Tujuanku bercuti hanyalah untuk menenangkan fikiranku yang selama ini kusut. Selama 12 hari itu aku cuma menghabiskan masaku dengan berhibur, membeli-belah, dan makan. Mungkinkah ketenangan ini yang kucari? Entahlah, aku masih ragu…..” ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari itu indah seperti biasanya. Cahaya matahari tegak memancar ke arahku dan bumi Turki. Cerah. Tidak panas. Sedikit sejuk. Nyaman sungguh kurasakan. Aku tersenyum sambil menikmati roti bakar dan teh serbuk yang suam-suam sahaja panasnya. Begitulah petangku berlangsung. Ya, itulah caraku untuk menghabiskan masaku di hari yang ke 12 iaitu hari terakhir aku di sana kerana pada malamnya, aku sudah mesti berada di Ataturk International Airport, Istanbul untuk pulang ke tanah airku. Aku ingat petang itu, dengan angin yang mendayu sayu, membuat...