Langkau ke kandungan utama

Malam Yang Sakit








Malam itu, malam Ramadhan. Aku masih ingat dikala aku dan dua orang kawanku melantunkan satu puisi rabak disuatu tempat. Dilantunkan satu persatu secara bersambung maka terhasilah satu puisi berjudul "Malam Yang Sakit."


Malam Yang Sakit

Malam..  Sakit..  Memilukan..

Terasa asing didunia sendiri. 

Berjuang,  aku masih berjuang dimalam yang sunyi tetapi sedikit ceria.

Air mata sedikit melucur keluar.  

Megah, tapi menerima apa yang berlalu.

Aku tertipu lagi, pada malam ini yang ku anggap megah.

Aku tewas, tapi menang besok.

Terserah kepada diriku untuk menentukan kemana,

Bukan kepada sesiapa,

Bukan kepada apa,

Tetapi hanya pada-NYA,

Ya, betul, bukan untuk sesiapa.

Sakit ini untuk diriku, tiada siapa yang tahu.

Hanya DIA.

Titik.


Encik Nasir, Mr. A, Hajib Sarhan.
Suara : Hajib Sarhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Titik hitam

Assalamu'alaikum, Apakah yang kita lihat didalam gambar ini? Sudah tentu kita nampak TITIK HITAM yang kecil bukan? Akan tetapi lupakah kita melihat atau senghajakah kita tidak melihat bahawa terdapat warna putih yang lebih besar berbanding warna titik hitam disana. Itulah, Kita manusia (sesetengahnya), melihat apa yang buruk saja dan lupa akan kebaikan. Seperti simbolik dalam kehidupan kita. Sering melihat kejahatan seseorang itu walaupun sekecil semut, tetatpi lupa akan kebaikan seseorang itu yang rupanya lebih jauh lagi besar sebesar gajah. Kita sering salah menilai seseorang itu dengan cepat sekali. "Dari Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta." (Riwayat Bukhari) Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari juga pernah mengatakan, "Jika seseorang itu mempunyai 99 kejahatan, dan cuma hanya ada 1 kebaikan yang ada pada dirinya. ...

Langit biru yang tenang.

" Mataku memandang ke arah langit. Biru. Tenang ku rasakan. Langit biru itu setenang jiwaku apabila melihatnya. Tambahan lagi berlapiskan awan yang bertompok-tompok putih itu menceriakan lagi suasana. Aku kemudiannya tersenyum sambil menghayati keindahan ciptaan Allah. Subhanallah! Cantiknya suasana itu. Yang apabila jiwa dirundung duka, menjadi ceria apabila melihatnya. " Aku menamatkan khayalku. Sambil itu aku teringat bait-bait kata penyanyi terkenal yang bernama Malique, " Buai tinggi-tinggi ke puncak awan, dengan kumulus dan nimbus aku berkawan. " Aku setuju dengan ayat itu, dengan melihatnya, banyak ilham yang tercipta. Terima kasih Allah atas keindahan ini. Aku syukuri segalanya. - Encik Nasir

Malamku.

" ...Ku ambil pena biruku dan kertas putih kosong yang seakan sudah lama menunggu kedatanganku. Kosong fikiranku, tidak tahu dimana harusku mulai....." Cuaca malam ini sama seperti malam-malam biasanya. Tidak terlalu sejuk, tidak pula ku rasakan panas. Nyaman. Tetapi entah kenapa fikiranku terasa gelisah. Tidak ku rasakan seperti malam-malam biasanya. Ya, maksud aku dari segi dalamanku. " Diriku dilanda demam barangkali." Ujarku seorang diri. Tidak tahu apa puncanya, diriku seolah tidak tenang malam ini. Padahal dari segi luaranku, sama saja seperti malam-malamku yang biasanya. Beginilah malamku. Cuma mendengarkan bunyi kipas yang kelajuannya hanya tiga saja. Seolah-olah tidak ada yang hendak ku buat. Maklumlah, semester pertama baru saja berakhir. Aku cuma menghabiskan separuh malamku ini dengan keadaan yang sia-sia. Duduk. Berbaring sambil melayangkan fikiranku. " Alangkah indahnya jika malamku ini dihisasi dengan sesuatu yang mendatangkan f...