Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Malam Yang Sakit

Malam itu, malam Ramadhan. Aku masih ingat dikala aku dan dua orang kawanku melantunkan satu puisi rabak disuatu tempat. Dilantunkan satu persatu secara bersambung maka terhasilah satu puisi berjudul "Malam Yang Sakit." Malam Yang Sakit Malam..  Sakit..  Memilukan.. Terasa asing didunia sendiri.  Berjuang,   aku masih berjuang dimalam yang sunyi tetapi sedikit ceria. Air mata sedikit melucur keluar.   Megah, tapi menerima apa yang berlalu. Aku tertipu lagi, pada malam ini yang ku anggap megah. Aku tewas, tapi menang besok. Terserah kepada diriku untuk menentukan kemana, Bukan kepada sesiapa, Bukan kepada apa, Tetapi hanya pada-NYA, Ya, betul, bukan untuk sesiapa. Sakit ini untuk diriku, tiada siapa yang tahu. Hanya DIA. Titik. Encik Nasir, Mr. A, Hajib Sarhan. Suara : Hajib Sarhan.

Ujianku, Kekuatanku.

Ku mulakan cerita ini dengan pengorbanan serorang wanita. Salah satu ujian terberat seorang wanita  ialah ketika melahirkan. 5 Pagi, Hari Sabtu. Seorang wanita sedang bertarung nyawa, berhempas pulas, menahan kesakitan. Sakit, sangat sakit. Selepas beberapa jam bertarung, wanita itu bernafas lega dan seorang bidan yang bertugas mengangkat sosok bayi kecil sedang menangis. Tangisan itu membuatkan wanita itu tersenyum bahagia. Alhamdulillah, aku selamat dilahirkan dengan sempurna 27 tahun yang lalu. Wanita itu ialah syurgaku, ibuku. Muhammad Nasrullah nama yang diberi. Cantik nama itu. Memberi makna yang sangat luarbiasa. Nasrullah yang membawa maksud penolong Allah. Kini aku sudah meningkat dewasa. Sudah mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita yang aku cintai, Siti Aisyah. Mungkin lebih tepat, sudah lebih matang. Matang dari segi pengalaman barangkali? Kerana banyak ujian sudah ku lalui, suka duka pahit manis ku telan sendiri. Ujian. Apakah itu ujian? Biasa...