Langkau ke kandungan utama

Perancang yang terhebat.




" Manusia tak sempurna yang sering saja membuat kesilapan. Maka jadikan kesilapan itu motivasi kita pada masa akan datang. "

Kita pasti pernah buat silap. Tipu bagi siapa yang tak. Aku juga manusia, kau pun sama. Biasalah tu, manusia tidak lari dari semua itu. Maka, kita jadikan kesilapan itu satu pengajaran, satu tarbiyyah untuk diri kita.

Aku tidaklah sempurna, maksud aku, kita semua tidak sempurna.Tapi berazamlah meraih kearah kesempurnaan itu. Tidak sempurna maksud aku bukanlah dari segi ciptaan kerana Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-bainya. Yang aku maksudkan ialah dari segi kesalahan yang sering kita lakukan itu. Kerana didalam surah At-Tin ayat 4 Allah terlah berfriman : 


لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. "

Apa yang penting, aturan Allah itu sempurna. Be patient, good things take time and surely good things will happen to those who sabr asalkan kita menjadi hamba yang "taat" kepadaNya. Yakinlah bahawa perkara yang disimpan itu adalah perkara yang baik.

Aku juga ada membuat perancangan. Aku merancang untukku, untuk keluargaku, untuk masa depanku, Tapi aku tahu perancanganku itu belum tentu akan berhasil. Ya aku tahu itu. Tapi tidak mengapa, kerana aku yakin bahawa Allah juga merancang sesuatu untukku. Aku yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik buatku. Dan bila saat itu akan tiba, aku akan berkata, " Terima kasih Ya Allah atas selama ini. Engkau berikan aku kesabaran.Dan ternyata kesabaranku selama ini, rupanya Engkau beri yang lebih baik dari apa yang ku jangkakan. "

Kita merancang, Allah juga merancang. Jadi, perancangan manakah yang lebih sempurna? Sudah tentu perancangan yang telah ditentukan oleh Allah. :)

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan berikan kita kesabaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Titik hitam

Assalamu'alaikum, Apakah yang kita lihat didalam gambar ini? Sudah tentu kita nampak TITIK HITAM yang kecil bukan? Akan tetapi lupakah kita melihat atau senghajakah kita tidak melihat bahawa terdapat warna putih yang lebih besar berbanding warna titik hitam disana. Itulah, Kita manusia (sesetengahnya), melihat apa yang buruk saja dan lupa akan kebaikan. Seperti simbolik dalam kehidupan kita. Sering melihat kejahatan seseorang itu walaupun sekecil semut, tetatpi lupa akan kebaikan seseorang itu yang rupanya lebih jauh lagi besar sebesar gajah. Kita sering salah menilai seseorang itu dengan cepat sekali. "Dari Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta." (Riwayat Bukhari) Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari juga pernah mengatakan, "Jika seseorang itu mempunyai 99 kejahatan, dan cuma hanya ada 1 kebaikan yang ada pada dirinya. ...

Langit biru yang tenang.

" Mataku memandang ke arah langit. Biru. Tenang ku rasakan. Langit biru itu setenang jiwaku apabila melihatnya. Tambahan lagi berlapiskan awan yang bertompok-tompok putih itu menceriakan lagi suasana. Aku kemudiannya tersenyum sambil menghayati keindahan ciptaan Allah. Subhanallah! Cantiknya suasana itu. Yang apabila jiwa dirundung duka, menjadi ceria apabila melihatnya. " Aku menamatkan khayalku. Sambil itu aku teringat bait-bait kata penyanyi terkenal yang bernama Malique, " Buai tinggi-tinggi ke puncak awan, dengan kumulus dan nimbus aku berkawan. " Aku setuju dengan ayat itu, dengan melihatnya, banyak ilham yang tercipta. Terima kasih Allah atas keindahan ini. Aku syukuri segalanya. - Encik Nasir

Malamku.

" ...Ku ambil pena biruku dan kertas putih kosong yang seakan sudah lama menunggu kedatanganku. Kosong fikiranku, tidak tahu dimana harusku mulai....." Cuaca malam ini sama seperti malam-malam biasanya. Tidak terlalu sejuk, tidak pula ku rasakan panas. Nyaman. Tetapi entah kenapa fikiranku terasa gelisah. Tidak ku rasakan seperti malam-malam biasanya. Ya, maksud aku dari segi dalamanku. " Diriku dilanda demam barangkali." Ujarku seorang diri. Tidak tahu apa puncanya, diriku seolah tidak tenang malam ini. Padahal dari segi luaranku, sama saja seperti malam-malamku yang biasanya. Beginilah malamku. Cuma mendengarkan bunyi kipas yang kelajuannya hanya tiga saja. Seolah-olah tidak ada yang hendak ku buat. Maklumlah, semester pertama baru saja berakhir. Aku cuma menghabiskan separuh malamku ini dengan keadaan yang sia-sia. Duduk. Berbaring sambil melayangkan fikiranku. " Alangkah indahnya jika malamku ini dihisasi dengan sesuatu yang mendatangkan f...