2.00 petang. Mukaku semakin kusut disebabkan bahang matahari memancar kearahku. Walaupun kelajuan penghawa dingin sudahku tekan ketahap yang paling maksima, tetap bahang terik itu menghantuiku. Panas, berpeluh dan gelisah semuanya menjadi satu. Aku cuba melihat pandanganku ke atas. Masha Allah, hilang marahku. Keadaan yang sepatutnya aku marah, jadi tenang jiwaku apabila melihat satu pandangan yang indah yang mampu memadamkan api kemarahan lantas menjernihkan hatiku. Satu pandangan alam yang bagiku begitu indah. Dedaunan hijau bertemankan pokok-pokok yang panjang berdiri kaku mengikut rentaknya. Indah tersusun. Kecantikan alam ini membuatkan aku terfikir betaoa cantiknya ciptaan Allah. Lantas aku menulis satu puisi sederhana :
" Hijau,
Hari yang cerah ini ku ucapkan salaam,
Hijau yang merupakan identiti alam,
Membawa maksud ketenangan yang mendalam,
Jiwa yang tenang harus kau selam,
Diwaktu sunyi sepertiga malam. "
Panas salah, sejuk pula ditohmah. Ya itulah kita pada hakikatnya. Apa yang kita mahukan sebenarnya? Kita lupa yang nikmat Allah itu sebenarnya berada disekeliling kita. Panas itu juga nikmat.
Aku tersedar dari anganku sambil tersenyum. Kita selalu lupa bahawa setiap yang berlaku itu bersebab. Tak apa, panas didunia, moga-moga kita mendapat kedinginan diakhirat kelak. Sabar itu kunci untuk meraih segalanya. Allah cinta orang yang sabar sepertimana didalam Surah Ali-'Imran ayat 146 :
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
" Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. "
Moga kita semuanya tergolong didalam orang yang sentiasa bersabar. :)
- Encik Nasir
Ulasan
Catat Ulasan