7.00 pagi. Tanganku memaksaku untuk mencoret, lalu ku ambil penaku bertemankan secangkir kopi yang panas lantas aku menulis diatas kertas yang pada awalnya suci putih dan bersih.
.....Jam sudah menunjukkan tepat pada masanya. Aku terlewat. Ya, aku sudah terlewat. Mukaku yang biasanya ceria, kini telah bertukar sehingga menampakkan sedikit kedutan didahiku. Aku jadi kusut. Ya, aku akui kerana salahku sendiri, kerana sudah terlelap selepas saja aku melaksanakan solat 2 raka'at fardhu subuh, sehinggakan "alarm" yang ku pasang itu tidak cukup membantu. Aku tewas, lelapku yang panjang itu tidak ku sedari. Penat barangkali? Mungkin juga.
Ya jadi begitulah hariku, yang sepatutnya aku jadikan pagi yang secerah, secerah sinar Ad-Dhuha. Tapi pagi ini tidak seindah yang aku sangkakan. Moga-moga ada lagi mentari mencurah pada diriku dimasa akan datang. Moga aku bersabar agar dapat aku kecapi kecerahan dan keceriaan dipagi-pagiku pada masa akan datang.
Senyum selalu. :)
- Encik Nasir
Ulasan
Catat Ulasan