Sejenak saja aku mengenangkan kerja kursusku yang baru saja diberi. Mukaku sedikit masam. Seolah nampak kedut didahi. Kusut seolah tidak mahu menerimanya. Aku jadi runsing. Maklumlah, aku seorang pemuda yang panik. Lebih-lebih lagi tajuk yang diberikan itu baru pernah aku dengar. استغفرالله , aku cepat-cepat beristighfar. Cepat-cepat juga aku membetulkan niatku kembali. " Apa gunanya aku di Universiti ini, jika tidak mahu aku menerima cabaran yang diberikan? Aku adalah pejuang yang sedang menuntut ilmu. Ya Allah, kau pimpinlah aku agar niatku untuk menuntut ilmu tidak tersasar jauh. ", Aku bermonolog.
Tidak lama kemudian, fikiranku dibuai arus seketika. Entah bagaimana aku terkenangkan sahabat-sahabatku, Kumpulan C. Kumpulan yang mula tertubuhnya pada tahun 2013. Mungkin pengaruh mereka besar buatku sehingga membuatkan aku berfikir seketika. Maka fikiranku meneruskan lagi perjalanannya jauh dibawa arus, kelautan antartika barangkali? Jauh sehingga fikiranku kemasa dimana kami semua belum kenal antara satu sama lainnya. Sungguh cepat masa berlalu. Banyak peristiwa dan kenangan yang terukir indah kami bersama. Walau hanya 4 tahun lebih kami baru saja kenal, kami seolah menjadi satu keluarga. Saling memahami, berkerja bersama. Nampak keceriaan pada ketika itu, canda tawa, riang gembira, senang, susah dan stress dikongsi bersama. Ingatan itu masih ku genggam sehingga kehari ini.
Selepas berlangsungnya hari gradusai kami, kini, banyak sahabat-sahabatku sudah menukar haluan masing-masing. Ada yang berkerja, ada yang menyambung pelajaran dinegeri jiran dan ada yang sudah berkeluarga. Aku turut gembira dengan haluan dan pencapaian mereka. Dengan persahabatan kita yang dipegang erat dengan tali Agama ini, moga Allah redha. Moga-moga persahabatan kita kekal sehingga ke syurga kelak.
Khusus kepada sahabat-sahabatku "Group C" :)
- Encik Nasir.
Ulasan
Catat Ulasan