Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Malamku.

" ...Ku ambil pena biruku dan kertas putih kosong yang seakan sudah lama menunggu kedatanganku. Kosong fikiranku, tidak tahu dimana harusku mulai....." Cuaca malam ini sama seperti malam-malam biasanya. Tidak terlalu sejuk, tidak pula ku rasakan panas. Nyaman. Tetapi entah kenapa fikiranku terasa gelisah. Tidak ku rasakan seperti malam-malam biasanya. Ya, maksud aku dari segi dalamanku. " Diriku dilanda demam barangkali." Ujarku seorang diri. Tidak tahu apa puncanya, diriku seolah tidak tenang malam ini. Padahal dari segi luaranku, sama saja seperti malam-malamku yang biasanya. Beginilah malamku. Cuma mendengarkan bunyi kipas yang kelajuannya hanya tiga saja. Seolah-olah tidak ada yang hendak ku buat. Maklumlah, semester pertama baru saja berakhir. Aku cuma menghabiskan separuh malamku ini dengan keadaan yang sia-sia. Duduk. Berbaring sambil melayangkan fikiranku. " Alangkah indahnya jika malamku ini dihisasi dengan sesuatu yang mendatangkan f...

Perancang yang terhebat.

" Manusia tak sempurna yang sering saja membuat kesilapan. Maka jadikan kesilapan itu motivasi kita pada masa akan datang. " Kita pasti pernah buat silap. Tipu bagi siapa yang tak. Aku juga manusia, kau pun sama. Biasalah tu, manusia tidak lari dari semua itu. Maka, kita jadikan kesilapan itu satu pengajaran, satu tarbiyyah untuk diri kita. Aku tidaklah sempurna, maksud aku, kita semua tidak sempurna.Tapi berazamlah meraih kearah kesempurnaan itu. Tidak sempurna maksud aku bukanlah dari segi ciptaan kerana Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-bainya. Yang aku maksudkan ialah dari segi kesalahan yang sering kita lakukan itu. Kerana didalam surah At-Tin ayat 4 Allah terlah berfriman :  لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. " Apa yang penting, aturan Allah itu sempurna. Be patient, good things take time and surely ...

Pagi yang cerah?

7.00 pagi. Tanganku memaksaku untuk mencoret, lalu ku ambil penaku bertemankan secangkir kopi yang panas lantas aku menulis diatas kertas yang pada awalnya suci putih dan bersih. .....Jam sudah menunjukkan tepat pada masanya. Aku terlewat. Ya, aku sudah terlewat. Mukaku yang biasanya ceria, kini telah bertukar sehingga menampakkan sedikit kedutan didahiku. Aku jadi kusut. Ya, aku akui kerana salahku sendiri, kerana sudah terlelap selepas saja aku melaksanakan solat 2 raka'at fardhu subuh, sehinggakan "alarm" yang ku pasang itu tidak cukup membantu. Aku tewas, lelapku yang panjang itu tidak ku sedari. Penat barangkali? Mungkin juga. Ya jadi begitulah hariku, yang sepatutnya aku jadikan pagi yang secerah, secerah sinar Ad-Dhuha. Tapi pagi ini tidak seindah yang aku sangkakan. Moga-moga ada lagi mentari mencurah pada diriku dimasa akan datang. Moga aku bersabar agar dapat aku kecapi kecerahan dan keceriaan dipagi-pagiku pada masa akan datang. ...

Memecah kesunyian.

Titik-titik hujan gugur jatuh ketempatku. Dinginnya membuat tubuhku menggigil. Tambahan pula, penghawa dingin dikamarku masih terbuka. Sejuk juga ku rasakan. "Jika sejuk ini ditemankan dengan kopi panas kaw-kaw, pasti lagi enak. Feels so good.", kataku yang bermonolog sendirian. Suara atap rumahku mula jelas kedengaran yang seakannya seperti marah akibat titisan hujan yang lebat sehingga aku sendiri terkesan. Suara itu juga berjaya memecah kesunyian malamku ini. Ya, hujan itu rezeki. Moga hujan yang turun ini ada manfaatnya. Sepertimana sabda Rasulullah Sallallhu 'Alaihi Wassalam : اللهم صيبا نا فعا " Ya Allah, jadikanlah hujan ini yang bermanfaat. " (Riwayat Bukhari) - Encik Nasir

Kumpulan C

Sejenak saja aku mengenangkan kerja kursusku yang baru saja diberi. Mukaku sedikit masam. Seolah nampak kedut didahi. Kusut seolah tidak mahu menerimanya. Aku jadi runsing. Maklumlah, aku seorang pemuda yang panik. Lebih-lebih lagi tajuk yang diberikan itu baru pernah aku dengar. استغفرالله , aku cepat-cepat beristighfar. Cepat-cepat juga aku membetulkan niatku kembali. " Apa gunanya aku di Universiti ini, jika tidak mahu aku menerima cabaran yang diberikan? Aku adalah pejuang yang sedang menuntut ilmu. Ya Allah, kau pimpinlah aku agar niatku untuk menuntut ilmu tidak tersasar jauh. ", Aku bermonolog. Tidak lama kemudian, fikiranku dibuai arus seketika. Entah bagaimana aku terkenangkan sahabat-sahabatku, Kumpulan C. Kumpulan yang mula tertubuhnya pada tahun 2013. Mungkin pengaruh mereka besar buatku sehingga membuatkan aku berfikir seketika. Maka fikiranku meneruskan lagi perjalanannya jauh dibawa arus, kelautan antartika barangkali? Jauh sehingga fikiranku kem...

Titik hitam

Assalamu'alaikum, Apakah yang kita lihat didalam gambar ini? Sudah tentu kita nampak TITIK HITAM yang kecil bukan? Akan tetapi lupakah kita melihat atau senghajakah kita tidak melihat bahawa terdapat warna putih yang lebih besar berbanding warna titik hitam disana. Itulah, Kita manusia (sesetengahnya), melihat apa yang buruk saja dan lupa akan kebaikan. Seperti simbolik dalam kehidupan kita. Sering melihat kejahatan seseorang itu walaupun sekecil semut, tetatpi lupa akan kebaikan seseorang itu yang rupanya lebih jauh lagi besar sebesar gajah. Kita sering salah menilai seseorang itu dengan cepat sekali. "Dari Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta." (Riwayat Bukhari) Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari juga pernah mengatakan, "Jika seseorang itu mempunyai 99 kejahatan, dan cuma hanya ada 1 kebaikan yang ada pada dirinya. ...

Panas, hijau dan sabar.

2.00 petang. Mukaku semakin kusut disebabkan bahang matahari memancar kearahku. Walaupun kelajuan penghawa dingin sudahku tekan ketahap yang paling maksima, tetap bahang terik itu menghantuiku. Panas, berpeluh dan gelisah semuanya menjadi satu. Aku cuba melihat pandanganku ke atas. Masha Allah, hilang marahku. Keadaan yang sepatutnya aku marah, jadi tenang jiwaku apabila melihat satu pandangan yang indah yang mampu memadamkan api kemarahan lantas menjernihkan hatiku. Satu pandangan alam yang bagiku begitu indah. Dedaunan hijau bertemankan pokok-pokok yang panjang berdiri kaku mengikut rentaknya. Indah tersusun. Kecantikan alam ini membuatkan aku terfikir betaoa cantiknya ciptaan Allah. Lantas aku menulis satu puisi sederhana : " Hijau, Hari yang cerah ini ku ucapkan salaam, Hijau yang merupakan identiti alam, Membawa maksud ketenangan yang mendalam, Jiwa yang tenang harus kau selam, Diwaktu sunyi sepertiga malam. " Panas salah, sejuk pula ditohmah....

Sebusuk sampah.

Jam ditanganku sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Matahari tegak memancar datang mencubit diri penuh kehangatan. Ya begitulah lumrah waktu zohor. Moga dengan kepanasan ini menambahkan lagi kesyukuran kita kepada Allah yang menciptakan panas dan sejuk. Aku masih lagi disini. Di apartment sahabatku yang terletak di one borneo, Sabah. Sambil itu, aku mendengarkan dakwah sahabatku dengan membaca buku yang baru saja ku beli tadi. Dengan alunan rentak atonansi yang tebal lagi enak, aku jadi terbawa dan terkean dengan bahan yang di bacanya itu. Aku terdengar dia membaca tentang tajuk " Busuk ". Tajuknya sudah nampak menjijikkan. Tapi setelah aku dengar ayat demi ayat yang dilontarkannya, betul juga. Setelahku fikirkan kembali, mungkin dosaku yang saban hari makin meningkat juga sebusuk itu. Sebusuk sampah yang berbau lagi hangit. Mungkin dosaku lebih busuk dari itu. Kita adalah pendosa. Cumanya, kita diberi pilihan samaada masih berada didalam zon "dosa...

Langit biru yang tenang.

" Mataku memandang ke arah langit. Biru. Tenang ku rasakan. Langit biru itu setenang jiwaku apabila melihatnya. Tambahan lagi berlapiskan awan yang bertompok-tompok putih itu menceriakan lagi suasana. Aku kemudiannya tersenyum sambil menghayati keindahan ciptaan Allah. Subhanallah! Cantiknya suasana itu. Yang apabila jiwa dirundung duka, menjadi ceria apabila melihatnya. " Aku menamatkan khayalku. Sambil itu aku teringat bait-bait kata penyanyi terkenal yang bernama Malique, " Buai tinggi-tinggi ke puncak awan, dengan kumulus dan nimbus aku berkawan. " Aku setuju dengan ayat itu, dengan melihatnya, banyak ilham yang tercipta. Terima kasih Allah atas keindahan ini. Aku syukuri segalanya. - Encik Nasir

Pada awalnya

بسم الله الرحمن الرحيم ِ Assalamu'alaikum. Ku mulai catatanku ini dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tanpa kekuasaanNya, tidak terdaya aku untuk menulis catatan ini. Terima kasih Allah kerana memberikan aku satu kesempatan untuk menulis. Catatanku ini tidaklah sehebat mana. Tidak sehebat tulisan karyawan yang bejaya.  Tulisanku sederhana saja. Sama seperti semuanya. Cumanya akan ku tulis sebaik mungkin sebagai catatan untuk semua.  Aku suka menulis. Menulis bagiku salah satu cara untuk melepaskan apa yang ada didalam batinku. Merungkai segala jawapan, mencari segala persoalan, ada ketika menulis. Sahabat penaku yang ku beli yangcuma berharga kurang dari satu ringgit, mampu menemaniku untuk melakar, mencoret banyak cerita diatas kertas putih yang awalnya bersih, kini dilumuri dengan dakwat berwarna biru. Begitulah, akan ku isi diruang seterusnya dengan catatan dan cerita yang moga-moga bermanfaat bagi pembacanya.