Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENEMAN MALAMKU

Malam ini seperti biasanya aku merasa sunyi. Satu gajet serba canggih yang sedang berada ditanganku, masih belum mampu memecah kesunyian ku malam ini. entah sudah bosan barangkali dengan karenah media sosial yang sudah seharian aku menjadi hamba kepadanya. Lantas itu, aku berpindah dari kedudukan asalku, yang pada awalnya nyaman bertemankan permaidani empuk buatan asli Turki di ruang tamuku sebelum aku pergi ke ruang dapur yang juga tidak kurang hebat sunyinya. Hmmm. Maklumlah, jarum jam yang berada paling kiri di dinding dapurku itu sudah menunjukkan tepat pukul 12.35 tengah malam. Seketika itu, aku mengalihkan pandanganku, kelihatan luar jendela dapur itu bulan sudah tegak berada di atas sana sekaligus menerangi gelapnya malam. Indah. Aku terpegun melihatnya. Bulan itu mampu menawan hatiku buat seketika waktu.  Tanpa disedari, terdengar bunyi siulan. Kulihat kebelakang, rupanya air panas yang ku masak tadi sudah mendidih dan cepat-cepat aku menutupnya. Mujurlah ada ...
Catatan terbaharu

12 Hari

“Aku masih ingat, hari itu sudah masuk hari ke-12 aku di negara orang. Tujuanku bercuti hanyalah untuk menenangkan fikiranku yang selama ini kusut. Selama 12 hari itu aku cuma menghabiskan masaku dengan berhibur, membeli-belah, dan makan. Mungkinkah ketenangan ini yang kucari? Entahlah, aku masih ragu…..” ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari itu indah seperti biasanya. Cahaya matahari tegak memancar ke arahku dan bumi Turki. Cerah. Tidak panas. Sedikit sejuk. Nyaman sungguh kurasakan. Aku tersenyum sambil menikmati roti bakar dan teh serbuk yang suam-suam sahaja panasnya. Begitulah petangku berlangsung. Ya, itulah caraku untuk menghabiskan masaku di hari yang ke 12 iaitu hari terakhir aku di sana kerana pada malamnya, aku sudah mesti berada di Ataturk International Airport, Istanbul untuk pulang ke tanah airku. Aku ingat petang itu, dengan angin yang mendayu sayu, membuat...

Malam Yang Sakit

Malam itu, malam Ramadhan. Aku masih ingat dikala aku dan dua orang kawanku melantunkan satu puisi rabak disuatu tempat. Dilantunkan satu persatu secara bersambung maka terhasilah satu puisi berjudul "Malam Yang Sakit." Malam Yang Sakit Malam..  Sakit..  Memilukan.. Terasa asing didunia sendiri.  Berjuang,   aku masih berjuang dimalam yang sunyi tetapi sedikit ceria. Air mata sedikit melucur keluar.   Megah, tapi menerima apa yang berlalu. Aku tertipu lagi, pada malam ini yang ku anggap megah. Aku tewas, tapi menang besok. Terserah kepada diriku untuk menentukan kemana, Bukan kepada sesiapa, Bukan kepada apa, Tetapi hanya pada-NYA, Ya, betul, bukan untuk sesiapa. Sakit ini untuk diriku, tiada siapa yang tahu. Hanya DIA. Titik. Encik Nasir, Mr. A, Hajib Sarhan. Suara : Hajib Sarhan.

Ujianku, Kekuatanku.

Ku mulakan cerita ini dengan pengorbanan serorang wanita. Salah satu ujian terberat seorang wanita  ialah ketika melahirkan. 5 Pagi, Hari Sabtu. Seorang wanita sedang bertarung nyawa, berhempas pulas, menahan kesakitan. Sakit, sangat sakit. Selepas beberapa jam bertarung, wanita itu bernafas lega dan seorang bidan yang bertugas mengangkat sosok bayi kecil sedang menangis. Tangisan itu membuatkan wanita itu tersenyum bahagia. Alhamdulillah, aku selamat dilahirkan dengan sempurna 27 tahun yang lalu. Wanita itu ialah syurgaku, ibuku. Muhammad Nasrullah nama yang diberi. Cantik nama itu. Memberi makna yang sangat luarbiasa. Nasrullah yang membawa maksud penolong Allah. Kini aku sudah meningkat dewasa. Sudah mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita yang aku cintai, Siti Aisyah. Mungkin lebih tepat, sudah lebih matang. Matang dari segi pengalaman barangkali? Kerana banyak ujian sudah ku lalui, suka duka pahit manis ku telan sendiri. Ujian. Apakah itu ujian? Biasa...

Malamku.

" ...Ku ambil pena biruku dan kertas putih kosong yang seakan sudah lama menunggu kedatanganku. Kosong fikiranku, tidak tahu dimana harusku mulai....." Cuaca malam ini sama seperti malam-malam biasanya. Tidak terlalu sejuk, tidak pula ku rasakan panas. Nyaman. Tetapi entah kenapa fikiranku terasa gelisah. Tidak ku rasakan seperti malam-malam biasanya. Ya, maksud aku dari segi dalamanku. " Diriku dilanda demam barangkali." Ujarku seorang diri. Tidak tahu apa puncanya, diriku seolah tidak tenang malam ini. Padahal dari segi luaranku, sama saja seperti malam-malamku yang biasanya. Beginilah malamku. Cuma mendengarkan bunyi kipas yang kelajuannya hanya tiga saja. Seolah-olah tidak ada yang hendak ku buat. Maklumlah, semester pertama baru saja berakhir. Aku cuma menghabiskan separuh malamku ini dengan keadaan yang sia-sia. Duduk. Berbaring sambil melayangkan fikiranku. " Alangkah indahnya jika malamku ini dihisasi dengan sesuatu yang mendatangkan f...

Perancang yang terhebat.

" Manusia tak sempurna yang sering saja membuat kesilapan. Maka jadikan kesilapan itu motivasi kita pada masa akan datang. " Kita pasti pernah buat silap. Tipu bagi siapa yang tak. Aku juga manusia, kau pun sama. Biasalah tu, manusia tidak lari dari semua itu. Maka, kita jadikan kesilapan itu satu pengajaran, satu tarbiyyah untuk diri kita. Aku tidaklah sempurna, maksud aku, kita semua tidak sempurna.Tapi berazamlah meraih kearah kesempurnaan itu. Tidak sempurna maksud aku bukanlah dari segi ciptaan kerana Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-bainya. Yang aku maksudkan ialah dari segi kesalahan yang sering kita lakukan itu. Kerana didalam surah At-Tin ayat 4 Allah terlah berfriman :  لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. " Apa yang penting, aturan Allah itu sempurna. Be patient, good things take time and surely ...

Pagi yang cerah?

7.00 pagi. Tanganku memaksaku untuk mencoret, lalu ku ambil penaku bertemankan secangkir kopi yang panas lantas aku menulis diatas kertas yang pada awalnya suci putih dan bersih. .....Jam sudah menunjukkan tepat pada masanya. Aku terlewat. Ya, aku sudah terlewat. Mukaku yang biasanya ceria, kini telah bertukar sehingga menampakkan sedikit kedutan didahiku. Aku jadi kusut. Ya, aku akui kerana salahku sendiri, kerana sudah terlelap selepas saja aku melaksanakan solat 2 raka'at fardhu subuh, sehinggakan "alarm" yang ku pasang itu tidak cukup membantu. Aku tewas, lelapku yang panjang itu tidak ku sedari. Penat barangkali? Mungkin juga. Ya jadi begitulah hariku, yang sepatutnya aku jadikan pagi yang secerah, secerah sinar Ad-Dhuha. Tapi pagi ini tidak seindah yang aku sangkakan. Moga-moga ada lagi mentari mencurah pada diriku dimasa akan datang. Moga aku bersabar agar dapat aku kecapi kecerahan dan keceriaan dipagi-pagiku pada masa akan datang. ...